Wednesday, 15 May 2013

Afiq Muiz Kesal Di Fitnah Ibu Sendiri | Satu sidang media tergempar telah diadakan oleh Afiq Muiz berikutan dirinya dianggap derhaka oleh ibunya sendiri, menerusi sidang itu Afiq menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Afiq Muiz Kesal Di Fitnah Ibu Sendiri?

Menurut Afiq, dia telah diusir sendiri oleh ibunya itu yang tidak suka serta tidak merestui hubungannya dengan pelakon baru, Ainur Syakina Azman atau Ina serta menganggap bahawa gadis itu hanya mahu mengikis harta milik anaknya. Afiq turut menepiss semua dakwaan yang dibuat ibunya itu serta berasa amat kecewa dengan tindakan wanita yang dianggap seperti membuka pekung di dada sendiri.

Afiq Muiz Nafi Derhaka, Kesal Di Fitnah Ibu Sendiri

"Memang dia ibu saya tapi apa yang dia buat telah menjatuhkan maruah saya kerana dia telah memburukkan nama saya. Saya tidak tahu apa salah saya sampaikan ibu saya sendiri sanggup berbuat demikian.

"Selama in,i apa saja yang mereka minta saya penuhi. Saya cuba membantu yang termampu dan tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. Sekarang hal keluarga telah melibatkan orang luar serta menngeluarkan dakwaan yang tidak betul. Bila masa saya bagi duit kepada Ina.

"Saya sendiri rasa hairan setiap kali ibu menghubungi saya, dia tidak pernah pun bertanyakan pasal kesihatan saya atau masalah saya. Sebaliknya, yang dia selalu tanya adalah pasal duit.

"Bila dah jadi macam ni, semua ahli keluarga salahkan saya semua cakap saya jahat anak derhaka, mereka maki dan sumpah saya. Saya ada semua mesej yang mereka hantar," jelas Afiq Muiz kepada wartawan murai

Afiq dalam sidang itu jelas kelihatan hiba hingga menitiskan air mata, anak muda berusia 21 tahun itu menyatakan perasaannya yg teramat malu dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya yang baru mahu mengenal erti hidup.

"Saya tak tahu apa yang ibu mahukan sebenarnya. Saya tersangat-sangat malu apabila dipanggil sebagai anak derhaka. Orang akan kenal yang saya ini adalah Afiq Muiz anak derhaka.

"Sebagai orang yang baru nak bermula, mana saya nak letak muka saya bila ibu sumpah dan maki saya macam-macam. Tetapi, Alhamdulillah rezeki saya Allah tetap beri sebab saya tidak salah. Saya teraniaya!,"tambahnya lagi

Afiq menambah walaupun dia sangat sedih terjadinya perkara sebegini, namun dia tidak mahu mengalah kerana dia seorang yang berpendirian. Dia berharap ibunya akan tampil dan memohon maaf terutama kepada pihak yang telah diburukkannya iaitu Ina dan ibu Ina.

"Kenapa mesti melibatkan orang luar dalam masalah keluarga dan menuduh mereka sebarangan "Saya berharap ibu saya akan tampil memohon maaf kepada Ina dan ibunya serta tidak lagi mengulangi kesilapannya ini.

"Saya sering kali ingin membetulkan semua kesulitan yang berlaku tapi akhirnya mereka tetap juga memburuk burukkan nama saya,"kata Afiq muiz dalam nada kecewa setelah menyedari dia tidak mempunyai saudara untuk mengadu, malah bimbang akan dicederakan seandainya mereka kerana termakan dengan cerita daripada ibunya itu.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment