Sunday, 30 June 2013

Baca title pun dah pelik dah kan? Tetapi inilah hakikat dunia sekarang.
Selagi tak puas hati, selagi itu lah manusia nak mereka benda apa yang mereka mahu.

Di bawah ini terdapat gambar-gambar perempuan sedang menggunakan alat untuk membantu mereka kencing berdiri seperti lelaki tanpa apa-apa masalah seperti terpercik air kencing.



Dahsyat bukan? aku pun ada la juga timbul rasa malu kalau terlihat perempuan kencing berdiri macam ini. Aku rasa semua rasa malu sehinggakan sanggup tutup muka sambil lari sepantas Lamborghini untuk mancapai selipar jepun bersaiz 13.
Gambar bawah ini merupakan rupa sebenar alat yang dikatakan membantu perempuan untuk kencing berdiri. Kenapa hanya terdapat warna merah jambu sahaja? Mungkin aku malas nak search warna lain.

Kalau anda sudah beli alat ini secara senyap-senyap melalui eBay atau dimana-mana sahaja kerana di Malaysia tidak mungkin akan ada jualan barang seperti ini. Sesudah beli, mesti pembeli akan terpinga-pinga bagaimana hendak menggunakan alat ini dengan cara yang betul. 
Gambar di bawah menunjukkan 'tutorial' untuk menggunakan alat ini dengan betul & tertib.


Dari segi design & texture alat ini, semestinya alat ini mahal. Dengan pembuatan alat ini daripada plastik, permukaannya nampak seperti licin. Pada pandangan mata kasar semestinya mahal & nampak elegan.


Lebih baik la kencing duduk dari kencing diri kerana jika kencing berdiri, air kencing tak keluar habis. Nanti tak sah solat.

1 comments: